- Semangatku.

BERUBAH SEBELUM TERLAMBAT.

"Mereka adalah insan yang banyak berkoran untuk ku."

Jikalau aku tidak sempat membuat kedua ibu bapa ku bahagia,
Aku berharap akan ku dapat membuat mereka aman bahagia di alam sana,
Siapalah aku tanpa mereka.

MEREKALAH NYAWA KU.

Diriku ini adalah seorang anak yang nakal,
Akan tetapi aku masih mempunyai hati & perasaan,
Barulah aku sedar apa itu erti kesusahan.

Hadirnya aku di dunia ini melihat keindahan Allah,
Aku dialunkan azan untuk ku apabila aku mulai menangis dengan kuat,
Maka aku dilindungi,
Aku dijaga,
Aku diberi kasih sayang & aku sentiasa dimanjakan.

Apabila aku semakin membesar,
Aku masih terleka dengan hiburan didunia ini,
Tidak pernah sekali aku rasai kesyukuran dalam diri,
Malah itu, aku tidak pernah menyedari siapakah yang menciptakan aku.

Sentiasa biarkan dosa disekeliling dengan sengaja,
Aku terpengaruh,
Aku ketepikan nasihat yang baik,
Dan terus menerus melakukan segala perbuatan yang keji,
Sungguh terhina diri ini.

Dimanakah asal ku?
Siapakah yang menciptakan ku?
Siapa jualah yang membesarkan daku?

Aku cuba lembutkan hati ini untuk menerima nasihat daripada sesiapa jua,
Dan aku sentiasa terasa kehausan nasihat,
Sedangkan aku telah menyedari mengenai, betapa pentingnya nasihat itu,
Tanpa nasihat hatiku boleh mati serta gelap tiada sebarang cahaya.
ALLAHU..

Abahku,
Beliau lah 'HERO' ku,
Cara serta tingkah lakunya membuat sesuatu,
Kesabarannya menghadapi dugaan yang tidak putus melimpah padanya,
Serta sentiasa bersabar akan sikap anak-anaknya,
Ketabahan imannya beribadat demi ALLAH,
Kecintaan dirinya terhadap agama sangat mendalam,
Merdu suaranya mengalunkan ayat suci AL-QURAN,
Mampu membuat hati ini menjadi sayu sedalam-dalamnya,
Tidak mampu aku ungkapkannya,
Kehebatannya melindungi kekukuhan rumah tangga nya,
Sungguh indah senyumannya,
Sentiasa tersenyum walau apa jua berlaku.

Aku masih lagi tidak mampu menjadi yang sempurna,
Aku adalah pendosa yang tiada titik nokhtahnya,
Aku seorang HAMBA yang sangat terhina,
Tidak pernah daku pedulikan kata orang menghina aku,
Buruk aku dimata manusia,
Belum tentu buruk dimata Allah,
Tidaklah aku mempunyai sebuah keluarga yang sempurna,
Tetapi aku bernekad serta terniat untuk hapuskan segala duka lara yang sedang abah ku hadapi,
Dan aku akan membuat beliau berasa bangga kepadaku.

Abah..
Akan ku ingat kata-kata mu ini, 
"Tak pandai dalam pelajaran tidak mengapa, yang penting pandai dalam agama"
Akan ku buktikan kepadamu duhai ayahanda ku,
Dirimu menjadi contoh untukku terus bangkit berjuang,
Selagi masih di kirimkan doa untukku,
Selagi itu akan ku teruskan perjalananku sepanjang hayat.

Ya, Allah sentiasa mendengar bisikkan hatiku ini,
Dia melihat segalanya,
Dia mengetahui segalanya,
Dia memahami segalanya,
Hanya Dialah satu-satunya membantu diri yang lemah ini,
Kita ini hanyalah pinjaman semata,
Tidaklah kekal didunia ini,
Bukan juga bahagia selamanya.

Tetapi,
Selagi diberi peluang untuk ku bernafas,
Selagi itulah akan ku teruskan berjuang.
Biarpun permulaannya sangat pahit,
Hakikatnya diakhiri dengan kemanisan.

Kerna aku yakin,
Janji Allah itu pasti,
Kita hanya merancang & Allah yang menentukan segalanya,
Pada permulaannya mencari kebahagiaan.

Sejuta TERIMA KASIH buat mu kedua bonda & ayahanda ku,
Hebatnya kasih sayang mu tiada lawannya,
Cinta ku hingga kesyurga untuk mu,
Semoga dikau berdua sentiasa dilindungi oleh YANG MAHA ESA.
Teruskan bersabar dengan sikap anak-anakmu,
Kami masih lena dibuai mimpi indah duniawi,
Doakanlah kami untuk sedar & kejar akhirat,
Doamu lah mampu membantu kami.

Mak,
Beliaulah yang melahirkan kami,
Beliaulah yang menyusukan kami tak kira waktu,
Beliaulah yang melenakan kami untuk tidur,
Dialah sentiasa menjaga kami,
Pantang digigit serangga sedikit pun engkau bangkit dari tidur mu demi menyelamatkan kami,
Beliaulah yang memasakkan makanan yang lazatnya tidak terkata.
Beliaulah seorang emak yang berkorban nyawanya untuk kami,
Demi kami dilahirkan,
Sungguh hebatnya mak menaruh nyawa untuk anak-anak mu.

Beliaulah kawan,
Beliaulah sahabat,
Periang hati kami semua,
Beliaulah satu-satunya emak kami,
Dan tiada gantinya!
Tiada siapa.

Abah,
Beliaulah yang mengazankan kami sewaktu kami melihat dunia,
Beliaulah yang bekerja keras demi mencari sesuap nasi,
Beliaulah melindungi kami,
Beliaulah sentias menunaikan kehendak anak-anaknya,
Beliaulah yang sabar dengan kerenah anaknya yang ingin mengikutinya pergi kerja,
Beliaulah hero kami,
Beliaulah semangat kami, 
Beliaulah satu-satunya ayahanda kami yang terhebat didunia ini,
Dan tiada siapa jualah yang layak mengantikan tempatnya,
TIADA.

Kerana merekalah SATU DALAM SEJUTA.
Ibu bapa kita mampu mengaja 10 anaknya,
Terfikirkah kamu adakah kamu mampu menjadi seperti mereka?
Sedarkah kamu tiada mereka, 
Tiadalah kamu didunia ini. 
Bangkitlah anak muda,
Lihatlah wajah kedua ibu bapa kita.
Lihatlah pengorbanan mereka.
Betapa beratnya..
Bangkit & lakukan sesuatu untuk mereka,
Agar penat lelah mereka mampu terubat.
MAMPU TERUBAT DUNIA & AKHIRAT.

Syurga seorang anak dibawah telapak kaki ibunya. Tetapi, apabila seorang anak gadisnya sudah menjadi isteri seseorang, maka syurganya dibawah telapak kaki suaminya. Akan tetapi ianya tak bermakna engkau boleh menderhakainya. Dan syurga lelaki pula sampai ke akhirnya masih dibawah telapak kakinya ibunya. Beringat sebelum terlambat. Mengalah, biar pun ia malu untuk mengalah, asalkan ianya untuk keluarga. Bukan orang lain. 

- Tidaklah daku pandai berkata-kata, tetapi aku masih mempunyai kemampuan untuk mencuba sesuatu. Puisi ini untuk ibu bapaku, dicipta sendiri. Maaf jika ada yang tidak dapat memahami. Biarlah aku memahami sendiri. Fahamilah segalanya, dikau akan merasai apa yang daku cuba sampaikan. Terima kasih kerna sudi membaca. Alhamdulillah. Assalamualaikum.





Share:

0 comment budak comel