- Aku.

Aku adalah aku,
ya kadang aku sering meniru diri orang lain,
kadang aku tak mampu menjadi diri sendiri,
kadang aku terasa yang diri orang lain lebih sempurna,
kerna itulah aku tidak mampu menjadi diriku sendiri.

Dulu,
aku dikelilingi beribu nasihat,
kerna semasa itu aku masih di alam persekolahan,
dan kemudian pabila aku sudah mula ke alam belajar di kolej,
aku melihat disekeliling ku penuh dengan orang yang sempurna,
malah aku merasakan mereka semua 'sempurna',
dan aku pun turut mengikuti cara mereka,
semata demi menjadi seorang yang 'sempurna.

Dan semasa aku sekolah, 
aku juga sentiasa bersama seorang mama angkat ku,
beliau sering berpesan kepada ku,
agar sentiasa menjaga diri pabila jauh dari pandang beliau atau keluarga,
serta beliau sentiasa berpesan,
agar sentiasa melakukan ibadat jangan ditinggalkan,
ya, aku terima & terus mengatakan 'InsyaAllah',
sedar tidak sedar 'InsyaAllah' itulah 99% dalam perjanjian.

Maka pada masa aku sudah menjadi pelajar kolej,
sentiasa sibuk dengan kerja,
sibuk dengan kawan,
sibuk berpasangan,
aku mulai lupa segalanya dengan cara halus iaitu sedikit demi sedikit,
lalainya aku bila sibuk kan diri dengan hal dunia & lupakan hal akhirat.
Tergamaknya diriku ini..

Sakitnya aku tidak mampu untuk ungkapkan,
pedihnya yang aku rasa tidak tertahan.
Terkadang aku tersedar,
lalu aku pun terus mencuba,
hakikat? tidak,
aku masih tidak mampu,
tidak mampu menjadi setabah dulu.

Sentimental manusia,
berkelakuan baik,
dipandang hina serta rendah,
berkelakuan jahat,
dipandang baik serta terpuji.
Hakikatnya? ia sudah terbalik.
Iman kita ini terlalu tipis mudah terkoyak,
itulah yang dikatakan, 
manusia takut sesama manusia,
bukan takut dengan ILLAHI.
kerna mereka takut dihina,
takut diabaikan,
ditinggalkan atau segalanya yang negative dipandang mulia.
Mengapa..

😞

Share:

0 comment budak comel