Assalamualaikum 'reader'.
Semasa kamu masih kecil,
kamu menjadi seorang insan yang tidak peduli dengan apa yang berlaku.
Kamu leka dengan segalanya,
sehinggakan hati kamu dilukai,
disakiti serta dibenci orang,
kamu rasakan itu semua hanyalah gurauan semata.
Apabila kamu sudah semakin membesar,
kamu mula belajar sedikit demi sedikit,
dengan apa yang ada didunia ini.
Kamu menjadi seorang insan yang mudah terluka,
hatinya semakin tipis,
semakin mudah mengalirkan airmata,
walaupun sebabnya hanya sekecil zarah,
tetapi oleh kerana kamu sudah mengerti segalanya,
maka dari situ lah hati kamu menjadi lemah.
Mengertikah kamu,
bagaimana untuk kamu lalui semua ini?
bagaimana caranya untuk kamu mendidik hatimu?
mampukah kamu menjadi insan yang berhati kebal?
Yang pastinya kamu tidak bisa,
kamu tidak bisa mempunyai hati sekebal dulu.
Disaat kamu diusia remaja ini,
kamu perlu hadapi setiap detik yang berlaku ini.
Bersabarlah kamu,
duhai hati yang lara..