Aku juga manusia. Bukan tembok yang kau boleh ludah dan biarkan ia kering begitu saja. Aku juga ada pendirian aku tersendiri. Aku juga ada prinsip kehidupan aku. Aku juga ada perkara yang aku suka dan tak suka. Aku juga ada pantang larang aku. Aku juga ada tahap aku. Kadangkala aku boleh terima teguran dengan secara terbuka. Makian dari ramai orang. Tetapi, aku ada hadnya.
Sampaikan suatu masa bila aku mula rebah, berat untuk aku bangkit semula. Kerna selama ini aku dah cukup menjadi pertahanan untuk semua semburan. Bila aku mulai rebah, jangan kau mencari dimana aku menghilang. Aku akan lari dari semuanya. Aku akan anggap semuanya tiada kaitan dalam hidup aku. Kalau itu caranya mampu memberi peringatan kepada mereka dengan apa mereka dah lakukan. Kalau itu caranya membuatkan mereka tersedar. Kalau itu caranya membuat mereka rasa kesal dengan perbuatan mereka. Dan kalau itu juga caranya mampu membuatkan hati aku pulih. Walaupun sikit demi sedikit.
Sakitnya aku tiada siapa yang tahu. Melainkan yang Maha Esa. Cukuplah aku cari jalan aku. Cukuplah semuanya mencari haluan sendiri. Tanpa pedulikan kisah silam sesiapa pun.
Aku pergi.
ITS ALL ABOUT KKJS.
In memories.
Gambar berterabur sebab malas nak susun. Haha alright then, dah tengok tu sendiri nilai apa aku rasa. Tak geti nau nak karang ayat rindu ni hahahaha.
Much LOVE.
MOON.
Salah satu cara untuk kita mengenali kebersihan hati kita ialah apabila kita turut merasai kegembiraan tatkala melihat kejayaan orang lain, bukannya terdetik perasaan dengki jauh sekali berusaha untuk menjatuhkannya.
Apa yang kita tuturkan dan bagaimana kita ungkapkan kata-kata mengambarkan keperibadian kita. Akhirnya kita dinilai bukan pada perawatakan dan rupa paras luaran semata, tetapi keperibadian, kesantunan perwatakan kita yang disenangi manusia pastinya akan mendapat keredhaan Allah jua.
Kita biasa berhadapan dengan situasi sukar di luar kemampuan untuk ditangani. Namun, Islam mengajar kita untuk tidak mengalah kerana Allah sentiasa ada untuk merungkaikan kesulitan dan menjernihkan kekusutan. Cuma manusia seringkali terlupa untuk mengadu kepadaNya. Sedangkan Dila Yang Maha Berkuasa dan Penentu Segala-galanya.
Duit tidak pernah mencukupi,
Tetapi itulah lumrah kehidupan.
Kita kejar dunia,
Tetapi dunia main kejar-kejar pula dengan kita.
Jikalau kita kejar akhirat pula,
Dunia akan serah diri pada kita.
Suruh tengok-tengok kan hatinya --
Dah kecik, katanya.
Suruh tengok-tengok kan perasaan dia --
Dah calar, katanya.
Asyik kita menengok-jaga.
Yang kita punya terlanyak-lanyak --
Ada orang tanya?